Tumbuhan Diselaputi Ais Bagaikan Hutan ‘Kristal’ Di Gunung Kinabalu

Fenomena tumbuhan diselaputi ais menjadikan hutan ‘Kristal’ Di Gunung Kinabalu menjadi tular di sosial media baru-baru ini. Beberapa foto yang memaparkan tumbuhan diselaputi ais seakan kristal menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang individu. Difahamkan foto tersebut dirakam di Hutan Crystal, Panabalan Kinabalu, Sabah.

Foto-foto yang memaparkan kejadian cukup istimewa itu telah dikongsikan oleh Suhaimi Danin di Facebook miliknya dan telah meraih hampir 3,000 shares.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tumbuhan diselaputi ais tersebut berlaku apabila suhu menurun sehingga -2 darjah celsius.

Menurut pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki, fenomena hutan kristal di Kinabalu ini sudah biasa berlaku apabila cuaca terlalu sejuk ketika musim kemarau. Ini menyebabkan tumbuhan berhampiran sungai atau takungan air diselaputi ais seperti gambar yang tersebar.

Tambahnya lagi fenomena sebegini akan berlaku beberapa kali sepanjang tahun namun tidak dalam tempoh panjang.

“Apabila matahari terbit, ais itu akan cair dan tumbuhan akan kembali pada asal,” ujarnya.

Disebabkan itu fenomena hutan kristal ini membuatkan ramai pendaki mengambil peluang untuk merakamkan gambar berlatarbelakangkan pemandangan tumbuhan diselaputi ais ini.

Selain itu foto ini turut dikongsikan semula oleh laman Faceboook Sabah Info dan turut meraih perhatian ramai.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai hal hutan ‘kristal’ Di Gunung Kinabalu ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ais meliputi tumbuhan macam di bawah gunung Kinabalu…”

“Memang best bah…di tepi2 gunung pun boleh rasa tu”

“Untungnya siapa jumpa tumbuhan diseliputi ais. Perkara macam ni jarang kita jumpa”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: Harian Metro / Suhaimi Danin / Sabah Info

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tumbuhan Diselaputi Ais Bagaikan Hutan ‘Kristal’ Di Gunung Kinabalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*