“Luqman Hafidz Kena Jangkitan Paru-Paru,” Ditahan Di Wad

Pelakon Luqman Hafidz disahkan mengalami masalah jangkitan paru-paru dan ditahan di wad sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.

Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 29, memaklumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

“Terima kasih yang mendoakan. Buat yang bertanya, ada jangkitan di paru-paru dan juga sakit kepala yang memang tak boleh tahan.

“Siapa kenal pakar neorologi. mesej saya ya, saya nak minta pandangan lain. Doakan semuanya okay. Terima kasih,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, difahamkan Luqman berada dalam keadaan stabil.

“Petang tadi buat degil turun bawah sebab dah bosan duduk wad, naik atas kena nebulizer balik,” tulisnya.

Pelakon drama Selafaz Cinta itu juga turut berkongsi paparan laporan perubatan dirinya selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Perkongsian Luqman itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar pelakon filem Ola Bola itu cepat sembuh seperti sedia kala.

“Cepat sembuh bro,” tulis pelakon Hafidz Roshdi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Luqman Hafidz Kena Jangkitan Paru-Paru,” Ditahan Di Wad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*