“Nanti Saya Akan Hubungi Semula” Terpksa Selesaikan Sendiri, Ruhainies Kecew@ Dengan Layanan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Pelakon cantik Ruhainies mendedahkan dia ada menghubungi Kedutaan Malaysia di Filipina ketika terkandas akibat letusan gunung berapi.

Jelas Ruhainies pertolongan yang dimohon hanya dibalas dengan alasan yang tidak wajar.

“Saya ada hubungi Kedutaan Malaysia di Filipina untuk meminta bantuan memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya.

“Saya beritahu yang saya terkandas serta mohon nasihat daripada pihak mereka.

“Individu yang bercakap dengan saya tu wanita melayu. Dia tidak membantu saya langsung.

“Alasannya dia merupakan kakitangan baru di situ jadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Selepas itu saya ada cadangkan kepada wanita tersebut untuk menanyakan kepada individu yang lebih senior.

“Dia cakap, “nanti saya akan hubungi semula.” Namun sampai dah selesai semuanya, tidak ada pun panggilan telefon daripada mereka.

“Saya lakukan semuanya dengan sendiri,” katanya

Ruhainies ditemui ketika majlis tayangan filem M4M4 di Mm Cineplexes, e@Curve, Mutiara Damansara semalam.

Dalam pada itu, adik kepada aktres Risteena akui berasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepadanya.

“Yang tak seronok, keesokkannya berita menyatakan tidak ada rakyat Malaysia yang terkandas.

“Sistem mereka sangat teruk. Saya kecewa dengan kedutaan di sana,” katanya lagi.

Terdahulu, Ruhainies dan ibu bapanya tidak dapat pulang ke Kuala Lumpur akibat letusan gunung berapi Taal.

Ruhainies terbang ke Manila pada 10 Januari lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nanti Saya Akan Hubungi Semula” Terpksa Selesaikan Sendiri, Ruhainies Kecew@ Dengan Layanan Kedutaan Malaysia Di Filipina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*