Adik Beradik Habiskan ‘8 Tahun’ Lakonkan Semula Filem Toy Story 3

Toy Story adalah salah satu filem animasi yang paling bermakna buat kanak-kanak yang membesar dengannya.

Cerita animasi itu mengisahkan tentang bagaimana seorang budak lelaki membesar dengan permainan-permainan yang dianggap sebagai teman setianya, sehinggalah dia terpaksa berpisah dengan mereka.

Sudah tentu ramai kanak-kanak lelaki yang dapat mengaitkan diri dengan kisah Andy itu.

Ramai kanak-kanak yang gemar menonton filem animasi Disney dan Pixar, tetapi ada peminat yang lebih fanatik dari yang lain.

Seperti contoh, 2 orang adik beradik ini, Morgan dan Mason McGrew yang masing-masing berusia 23 dan 20 tahun. Mereka mengambil masa 8 tahun untuk menghasilkan semula filem kegemaran mereka, Toy Story 3.

Tujuan Morgan dan Mason membuat projek itu adalah untuk memberi penghormatan kepada Disney dan Pixar disamping mengasah kemahiran pembikinan filem mereka sendiri.

Menurut adik beradik McGrew, walaupun projek itu mengambil masa 8 tahun, disiplin diri membantu mereka dalam memberikan komitmen sepenuhnya. Masing-masing berjanji untuk menggalas tanggungjawab melaksanakan projek itu sehingga selesai.

Projek itu bermula selepas mereka menonton Toy Story 3 di pawagam, membuat mereka taksub. Mereka kemudian mula mengumpulkan semua watak permainan dari filem itu.

Sebaik menayangkan trailer filem mereka itu di Youtube, video mereka mendapat kira-kira 2.5 juta tontonan. Filem penuh yang baru dimuat naik beberapa hari lepas pula kini telah mempunyai lebih setengah juta tontonan.

Ternyata adik beradik itu berjaya menghasilkan karya yang sangat mengkagumkan walaupun tidak menggunakan bajet sebanyak filem asal.

Menurut Morgan dan Mason, walaupun mereka tidak lagi bermain dengan patung permainan, pembikinan filem itu memberi mereka peluang terakhir untuk merasakan kehidupan zaman kanak-kanak.

Tonton hasil filem mereka dibawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: Youtube, Bored panda

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Adik Beradik Habiskan ‘8 Tahun’ Lakonkan Semula Filem Toy Story 3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*