“Ni Lah Keluarga Mertua Kakak Lina,” Selepas Belanja Foto Sental Kuali Kenduri, Elly Mazlein Kongsi Foto Ipar Duai Pula

Selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hati pada 18 Januari lalu, bintang versatil Elly Mazlein sekali lagi membuatkan para peminatnya teruja apabila berkongsi foto keluarga besarnya di belah pihak suami.

Menerusi Instagram, pelakon utama Kampung People itu gembira dan bersyukur kerana dirinya kini mempunyai famili besar.


“Ni lah keluarga Mertua kakak lina .. Ayah , Ma & Ipar Duai. Alhamdulillah kakak lina da ade kluarga besar yeayyyyyy. Alhamdulillah,” tulisnya.

Lalu, rata-rata peminatnya turut tumpang gembira dan mendoakan agar kebahagiaan penyanyi Bungaku Bawakali ini hingga ke jannah.

Terdahulu, Elly turut berkongsi beberapa fotonya saat diraikan pada majlis sambut menantu di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kuala Krai, Kelantan.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin dalam suasana penuh meriah Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram Elly Mazlein

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ni Lah Keluarga Mertua Kakak Lina,” Selepas Belanja Foto Sental Kuali Kenduri, Elly Mazlein Kongsi Foto Ipar Duai Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*