Tema K0nsert Dansa Dan Sing Minggu Ini Bikin Linda Jasmine Teruja

Juri tetap Dansa Dan Sing, Linda Jasmine teruja untuk menyaksikan persembahan para peserta dalam konsert minggu kelima Ahad ini.

Menurut Linda, tema ‘Trademark’ yang diberi akan memerlukan setiap peserta untuk membuat persembahan dengan cara tersendiri tanpa mengetepikan ‘trademark’ asal.

“Pada mulanya, saya mahu lihat keaslian dalam persembahan mereka di minggu kelima, namun apabila tema ‘Trademark’ diumumkan, saya berasa lebih tertarik.

“Saya teruja untuk lihat bagaimana para peserta mencorakkan persembahan untuk menunjukkan ‘trademark’ sesebuah lagu dan pada masa yang sama menyampaikannya dengan cara tersendiri,” ujar Linda.

Tambah Linda, dia merasakan tema minggu ini menarik dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan semua peserta.

“‘Trademark’ adalah satu tema yang menarik, saya tak sabar untuk melihat persembahan mereka,” tambahnya.

Selain Linda, ikon fesyen negara Datuk Rizalman turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap dalam program tersebut.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tema K0nsert Dansa Dan Sing Minggu Ini Bikin Linda Jasmine Teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*