“Ada Kucing Dalam Kereta, Minta Semua Bersedia” Siap Bunyi Siren, 8 ‘Hero Avengers’ Lengkap Uniform Bomba Settle Masalah Tak Sampai Seminit

“TAK sampai seminit, terus jumpa kucing ni. Gilalah, kagum sangat-sangat”

Demikian kata seorang penceramah motivasi yang melahirkan rasa kagumnya dengan kecekapan sepasukan bomba yang membantu mengeluarkan seekor anak kucing yang terperangkap di bahagian enjin keretanya.

Menerusi perkongsian di Facebook, dia yang dikenali sebagai Ustaz Hakim Mohd Nor berkata pada mulanya dia bersama isteri serta seorang pembantu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Melaka, sebelum terdengar bunyi seekor kucing mengiau.

Dia kemudiannya memberhentikan keretan di sebuah stesen minyak untuk memeriksa bagi mendapatkan kepastian.

“Tengok bawah kereta, nampak si bulu comel tu ada kat bahagian bawah enjin. Ah sudah. Jenuh memujuk. Tapi dia tak nak keluar dari situ.

“Isteri saya terus umpan dengan ikan bilis dari roti. Si comel tu tak nak keluar. Renjis-renjis air pun tak keluar. Mengiau usah kira la, paling lembut la isteri buat. Tak nak keluar jugak.

“Saya pula memang tak bela kucing kat rumah. Jadi, masa panggil kucing tu, keluar macam-macam bunyi. Meow kasar la. Meow manja la. Haziq pembantu peribadi saya siap gelak kata ustaz panggil kucing tu macam nak ngorat,” tulisnya.

Hakim kagum dengan kecekapan pegawai bomba mengeluarkan seekor anak kucing yang terperangkap di bahagian enjin keretanya.

Ketika ‘proses memujuk’ dilakukan bersama isteri dan pembantunya, dengan tidak semena-mena anak kucing berkenaan hilang daripada pandangan, sekaligus menyukarkan proses pencarian.

Bimbang dengan keadaan anak kucing tersebut, mereka bertiga dengan bantuan seorang staf di stesen minyak berkenaan tetap berusaha mencari anak kucing tersebut untuk mengeluarkannya daripada enjin kereta.

Bagaimanapun, usaha tersebut hampa apabila anak kucing berkenaan masih gagal ditemui.

Anak kucing yang terperangkap di bahagian enjin berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang daripada seminit.

“Akhirnya, kami terfikir untuk hubungi bomba. Terus kami waze cari balai Bomba terdekat. Jumpa Balai Bomba Ayer Keroh dekat saja tak sampai lima minit, jadi terus kami gerak ke situ.

“Sampai saja di balai, berlakulah cerita yang amat amazing. Terserlah kehebatan abang bomba,” ceritanya.

Menurut Ustaz Hakim, sebaik mereka sampai di balai bomba tersebut, mereka terus dihampiri pegawai bomba yang bertanyakan sama ada mereka sedang berdepan dengan masalah.

Tanpa banyak cakap, mereka terus buat kerja. Disebabkan cekap, tak sampai seminit, terus jumpa kucing. Gilalah, kagum sangat-sangat. Cekap dan hebat abang bomba buat kerja. Memang hero Avengers sungguh.

HAKIM MOHD NOR

PENCERAMAH MOTIVASI

“Kami pun beritahu ada kucing dalam enjin kereta. Tak perlu buat report apa, terus dia buat pengumuman di speaker besar balai tu. ‘Ada kucing dalam kereta , minta semua bersedia’. Lebih kurang begitu ayat dia.

“Bayangkan anda dengar pengumuman kuat-kuat macam tu. Rasa amazing sangat. Lepas tu siap bunyi siren kecemasan lagi. Dalam hati saya terdetik, ‘kes kucing saja kot, tapi siap siren bagai ni’.

“Rupanya abang bomba ni memang ambil serius semua kes yang mereka terima,” ceritanya.

Menurutnya, beberapa saat selepas siren dibunyikan, seramai lapan anggota bomba datang lengkap dengan uniform masing-masing untuk mengeluarkan anak kucing daripada enjin keretanya.

Antara komen netizen yang turut kagum dengan kecekapan pegawai bomba mengeluarkan anak kucing berkenaan.

“Tanpa banyak cakap, mereka terus buat kerja. Disebabkan cekap, tak sampai seminit, terus jumpa kucing. Gilalah, kagum sangat-sangat. Cekap dan hebat abang bomba buat kerja. Memang hero Avengers sungguh,” tulisnya lagi sambil turut melahirkan penghargaan buat pasukan bomba berkenaan.

Posting tersebut sehingga kini meraih 360 share selain turut dibanjiri dengan komen netizen yang turut tidak ketinggalan melahirkan rasa kagum dan penghargaan terhadap pasukan bomba.

“Wah dapat jumpa Avengers sebenar rupanya,” tulis seorang pelayar.

“Bila baca ni memang terus rasa nak hantar surat penghargaan dan tahniah atas perkhidmatan cemerlang,” komen seorang netizen yang lain pula.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ada Kucing Dalam Kereta, Minta Semua Bersedia” Siap Bunyi Siren, 8 ‘Hero Avengers’ Lengkap Uniform Bomba Settle Masalah Tak Sampai Seminit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*