“Apabila Saya Tiada Nanti, Orang Boleh…” Fauziah Ahmad Daud Cerita Sebab Hasilkan Ogy TV

Seniwati Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa sebagai Ogy menceritakan sebab dia menghasilkan saluran YouTube sendiri yang diberi nama Ogy TV.

Menerusi laporan HLive, Ogy mengatakan dia mahu menceritakan perjalanan hidupnya sepanjang bergelar anak seni.

“Saya hasilkan Ogy TV kerana mahu menceritakan pengalaman saya sebagai seorang anak seni, saya berani menceritakannya kerana saya telah lalui sendiri.

“Apabila saya dah tiada nanti, orang boleh cakap macam-macam yang tak benar mengenai saya, saya sudah tidak boleh lakukan apa-apa ketika itu. Orang tak tahu apa yang telah saya lalui, kenapa saya mengkritik dan tegas bekerja, semuanya terjawab dalam saluran YouTube saya,” jelas Ogy.

Tambah Ogy, dia juga mahu memberitahu orang ramai bahawa memasuki industri hiburan adalah bukan satu perkara yang mudah.

“Saya juga mahu memberitahu kepada semua penonton dan juga mereka yang mahu memasuki industri hiburan bahawa bukan mudah untuk bergelar seorang anak seni,” tambahnya menutup bicara.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Apabila Saya Tiada Nanti, Orang Boleh…” Fauziah Ahmad Daud Cerita Sebab Hasilkan Ogy TV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*