“Jennie (Blackpink) Cuba Filter ‘You Look Like…’,” Terkej0t Keluar Nama Sendiri

TERKEJUT! Itulah reaksi yang ditunjukkan oleh salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie apabila menggunakan salah satu fungsi filter di Instastory.

Menerusi laman sosial itu, Jennie mencuba filter ‘You Look Like…” dan terkejut apabila aplikasi itu tepat meneka namanya.

Video pendek reaksi Jennie itu telah dikongsi oleh peminat dan menerima pelbagai komen daripada pengikut.

Rata-ratanya memuji gaya bersahaja Jennie dan berpendapat penyanyi asal Korea Selatan ini begitu cantik meskipun tanpa sebarang mekap.

“Wow, matanya cantik sangat, cemburulah macam ni sampaikan filter tu pun boleh baca muka dengan namanya.

“Saya yakin orang yang buat filter itu suka pada Blackpink, sebab tu ada nama Lisa, Rose dan Jisoo. Popular betul Blackpink ni!

“Wah, hebat betul aplikasi ni teka nama pada wajah ya? Nanti saya nak cuba jugalah,” tulis peminat di ruangan komen.

Filter terbaharu yang boleh diakses menerusi laman Instagram itu akan meneka wajah pengguna dengan beberapa nama selebriti antarabangsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jennie (Blackpink) Cuba Filter ‘You Look Like…’,” Terkej0t Keluar Nama Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*