“Selena Gomez Turun Takhta,” Kini Di Tangga Keempat Pengikut IG Paling Ramai

PENYANYI Selena Gomez yang pernah memegang takhta memiliki pengikut teramai di Instagram akhirnya terpaksa mengalah di tempat keempat.

Menurut laporan Dailymail, Cristiano Ronaldo menduduki tangga pertama dengan memiliki 200 juta pengikut dan diikuti Ariana Grande dengan pengikut seramai 173 juta.

Aktor Dwayne ‘The Rock’ Johnson pula di tangga ketiga dengan 170 juta pengikut.

Selena pula hanya memiliki 167 juta pengikut dan berada di kedudukan keempat.

Manakala, Kylie Jenner dan kakaknya, Kim Kardashian masing-masing memiliki seramai 159 juta dan 158 juta pengikut.

Selebriti lain yang turut memiliki pengikut teramai di Instagram ialah Justin Bieber, Lionel Messi dan Neymar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Selena Gomez Turun Takhta,” Kini Di Tangga Keempat Pengikut IG Paling Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*