Laungan Mengerlkan ‘Bandar Hantu’ Wuhan

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial berbahasa Cina yang jika ditonton sekali imbas boleh menimbulkan ketakutan. Umpama adegan filem “pos apokaliptik” Holywood; bandar mati yang didiami zombi atau pontianak yang laparkan darah manusia.

 

Lebuhraya ini merupakan antara laluan tersibuk di Wuhan, China. Kini, hanya tinggal bangunan yang kaku tanpa kehidupan. 
Kredit foto: AP

Namun, jika diamati teriakan dari video yang dipetik dari BBC ini, sebenarnya bukan teriakan rambang. Suara teriakan itu sebenarnya dilaungkan oleh warga bandar Wuhan yang sedang menjalani proses kuarantin disebabkan penyebaran Coronavirus.

Antara maksud teriakan-teriakan tersebut adalah “terus cekal”, “teruskan bertahan” dan lain-lain.

Laungan suara di balik dinding itu bertujuan untuk meningkatkan semangat warga bandar Wuhan yang sedang berada dalam keadaan bimbang, takut dan panik. Ada juga yang menyanyikan lagu patriotik China sambil disambut beramai-ramai dan bersahut-sahutan.
Video ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen seluruh dunia. Ada yang simpati dengan keadaan yang sedang melanda penduduk Wuhan.

Tidak kurang juga yang menyatakan rasa gerun dan takut akan keadaan bunyian itu.

Dilaporkan seramai 11 juta penduduk yang mendiami Wuhan dinasihatkan oleh pihak kerajaan agar tinggal di rumah masing-masing berikutan wabak koronovirus yang dipercayai bermula Januari 2020 dari sebuah pasar basah di Wuhan.

Isu koronavirus adalah isu sejagat, usahlah kita berlagak menjatuhkan hukum sebarangan.

Walau fizikal mereka terkurung, namun semangat mereka mampu ‘terbang’ jauh melangkui sebarang batasan.

Be the first to comment on "Laungan Mengerlkan ‘Bandar Hantu’ Wuhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*