“Bi0data Uyaina Arshad,” Pelak0n Utama Drama Juj0rlah Nikahi Aku

Memulakan karier sebagai pengacara, nama Uyaina Arshad semakin meningkat naik setelah membintangi beberapa drama. Memiliki paras rupa seakan gadis arab, Uyaina Arshad turut memiliki peminat yang ramai di Indonesia.

Biarpun rakyat Malaysia, namun kariernya turut berkembang hingga ke negara jiran sebagai seorang pengacara. Wow, bukan calang-calang ya gadis ayu ini. Jom kenali serba sedikit mengenai dirinya melalui biodata Uyaina Arshad ini.

Biodata Uyaina Arshad

NAMA PENUH: Shaidatul Naseha Uyaina binti Arshad

NAMA POPULAR: Uyaina Arshad

TARIKH LAHIR: 16 November 1992

UMUR: 29 tahun

ASAL: Kuala Kangsar, Perak

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya

PROFESION: Pelakon, pengacara, wartawan penyiaran dan model

INSTAGRAM: Uyaina Arshad

Karier pengacaraan

Wanita berbakat besar ini adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik. Uyaina mula menceburi dunia hiburan sejak tahun 2015 selepas menjuarai Pencarian Nona Manis pada tahun itu.

Kariernya sebagai pengacara semakin berkembang selepas memenangi pertandingan Puteri Muslimah Asia pada 2018. Uyaina berjaya menewaskan peserta dari Singapura, Brunei, Turki, Timor Leste dan Indonesia.

Pada 2016 hingga 2017, Uyaina mula menjadi pengacara Nona yang menggantikan Fauziah Gous.

Selain itu, dia turut menjadi pengacara buat beberapa rancangan lain seperti Kashoorga Talk di Astro Oasis pada 2017, pada 2018 D’Academy Asia musim keempat, Wanita Hari Ini di TV3 sejak 2018 dan Pesona Pengantin di Astro Ria pada 2019.

Kerjaya lakonan

Sejak muncul di kaca TV menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta, Uyaina kini semakin aktif mengembangkan bakat lakonannya. Terbaru, Uyaina turut menjadi pelakon utama dalam drama Jujurlah Nikahi Aku.

Untuk info, bakat lakonan Uyaina dikesan sejak dia menuntut di pusat pengajian tinggi lagi. Ketika itu dia melibatkan diri dalam dunia teater sebagai pelakon.

Foto

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Wikipedia / Uyaina Arshad

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bi0data Uyaina Arshad,” Pelak0n Utama Drama Juj0rlah Nikahi Aku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*