“Tiada Lagi Istilah Seksl, Saya Ingin Jadi Lebih Baik” Ikrar Kilafairy

Sebelum ini, jika disebut sahaja nama Kilafairy, tentu sekali peminat industri hiburan akan pantas mengaitkan dia sebagai artis wanita seksi.

Seksi dan imej anak kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil itu sangat sinonim, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, selang perubahan masa, Kilafairy memilih untuk berubah, tidak lagi mempamerkan tubuh badan yang seksi.

Perubahan imej ini seiring dengan kemunculan tahun 2020, pelakon yang popular menerusi filem Hoore! Hoore! itu ingin memulakan sesuatu yang baharu.

“Step by step, Insya-Allah, berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih” katanya.

Kila yang kini sedang giat menguruskan perniagaan produk kecantikan KILAFIT turut menyatakan bahawa dia ingin menjadi insan yang lebih baik dan sudah tujuh bulan dia cuba menjaga penampilannya.

“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan produk saya,” katanya lagi.

Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan perniagaannya, lebih-lebih lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Astro Awani

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tiada Lagi Istilah Seksl, Saya Ingin Jadi Lebih Baik” Ikrar Kilafairy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*