“Harap Tak Terikut Khvrafat” Lokasi Berdoa Di Tanah Suci Dipersoal, Tak Cepat Melentlng Ini Jawapan Sweet Qismina

Aktres Sweet Qismina membalas komen seorang individu mempersoalkan tentang lokasi pelakon itu memohon doa di tanah suci.

Lokasi yang dimaksudkan itu bertempat di Jabal Rahmah, Arafah, Makkah.

“Maaf, kenapa kena berdoa dekat bukit tu? Ada ke hadis Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam yang menyarankan? Berapa banyak tempat mustajab berdoa ada dekat Makkah, kenapa dipilih juga bukit tu? Harap Sweet tak terikut-ikut khurafat conteng nama pada tiang di atas bukit, maafkan saya,” tulis individu tersebut.

Tidak cepat melatah, Sweet bagaimanapun memberikan penjelasan mengenai perkara itu menerusi ruangan komen.

Menurut Sweet, dia sememangnya telah memohon doa ditempat yang sepatutnya dan berterima kasih kerana memberikan teguran.

“Jangan risau. Ustaz dah tegur pasal benda ni. Saya saja je tulis caption tu. Semestinya saya berdoa di tempat yang sepatutnya.

“Tidak! Saya tidak conteng merata-rata (naik bukit pun tak larat suku je! Haha). Terima kasih di atas keperihatinan anda,” tulisnya.

Terdahulu, Sweet telah ditegur oleh seorang pengikut Instagram selepas memuat naik posting terbaru dengan kapsyen, “Muka happy bila dah naik Jabal Rahmah doa semoga jodoh ku dengan… Siapa eh?”.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berangkat ke tanah suci Makkah bersama keluarganya untuk melakukan ibadah Umrah sejak penghujung Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Harap Tak Terikut Khvrafat” Lokasi Berdoa Di Tanah Suci Dipersoal, Tak Cepat Melentlng Ini Jawapan Sweet Qismina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*