“Kalau Betul Shiha Zikir Terkeluar…Saya Tumb0k Dia” Rizalman

Pereka fesyen dan juri tetap Dansa Dan Sing, Datuk Rizalman Ibrahim ingin mengetahui sebab yang menjadikan prestasi persembahan Shiha Zikir & Team Squad tidak memberangsangkan dalam konsert minggu kelima baru-baru ini.

Menurut Rizalman, dia sendiri akan bertanya kepada Shiha mengenai perkara itu.

“Persembahan Shiha Zikir dan ahli kumpulannya dalam konsert minggu kelima ini tidak sebagus yang mereka pernah lakukan sebelum ini.

“Saya percaya mesti ada sebab mengapa prestasi mereka menurun sebegitu, saya mahu tanya Shiha nanti,” jelas Rizalman.

Rizalman berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu kelima Dansa Dan Sing pada Ahad.

Dalam konsert tersebut, Shiha Zikir & Team Squad, Arja & The Pirates dan Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad telah berada di tiga tangga terbawah.

Namun nasib masih menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Ditanya tentang perkara itu, Rizalman seakan kecewa jika Shiha betul-betul tersingkir malam itu.

“Shiha adalah salah seorang peserta yang kuat dalam pertandingan ini, pihak juri telah lihat apa yang dia lakukan sebelum ini.

“Kalau betul Shiha terkeluar dalam konsert minggu kelima ini, saya tumbuk dia,” selorohnya.

Selain Rizalman, koreografer terkenal Linda Jasmine turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program tersebut.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Betul Shiha Zikir Terkeluar…Saya Tumb0k Dia” Rizalman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*