Kasih Seorang Ayah, Bapa Tunggu Anak Pergi ‘Interview’ Meningg4l Dalam Kereta

Kasih ibu sampai ke syurga kasih bapa sepanjang masa. Perumpamaan tersebut sememangnya menggambarkan betapa besar kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu dan bapa juga adalah insan yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak mereka tidak berada dalam keadaan sukar.

Meningg4l duni4 dalam kereta

Hal tersebut samalah seperti satu berita yang diperoleh daripada Harian Metro apabila seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia semasa menanti anaknya menghadiri temuduga kerja.

Mustafa Ariffin, 60an ketika itu berada dalam kereta Proton Wira didapati tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan oleh orang awam yang ternampak mangsa dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sepupu allhayarham, Mohd Ali Ahmad, 55 dia terus bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumkan oleh anak Mustafa tentang apa yang berlaku.

Sudah tiga hari demam

Difahamkan, mangsa meningg4l dunia seorang diri dalam kereta manakala isterinya pergi menemani anak mereka menghadiri temuduga di tingkat atas bangunan kerajaan itu.

Walau bagaimanapun, dia dipercayai sedang mengalami demam sejak tiga hari yang sudah sebelum menemani anaknya menghadiri temuduga.

Semoga segala urusan dipermudahkan

Sehubungan dengan itu,menerusi posting sumber,  rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga warga emas itu berikutan kehilangan insan yang disayangi.

Mereka juga sempat memberitahu betapa besarnya pengorbanan seorang bapa terhadap anak sehingga dihujung nyawa pun masih tetap mendahulukan urusan anak berbanding kesihatan sendiri.

Salam takziah buat keluarga

Kasih seorang ayah hingga akhirnya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @AKU OKAY

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak AKU OKAY tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AKU OKAY juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kasih Seorang Ayah, Bapa Tunggu Anak Pergi ‘Interview’ Meningg4l Dalam Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*