Fenomena Awan Pelangi di Siberia Berjaya Dirakam, Luarbiasa Cantiknya

Fenomena alam kadang-kadang membuatkan ia tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Ada yang keindahannya cukup luarbiasa dan ada juga sangat digeruni. Namun fenemona alam yang mana awan pelangi terbentuk baru-baru ini cukup membuatkan rasa kagum.

Fenomena yang berlaku di Siberia itu berjaya dirakamkan oleh Svetlana Kazina. Wanita ini berpindah ke sebuah kampung di pergunungan Uznezya di Rusia berhampiran dengan sempadan Kazakhstan bersama anaknya setelah lebih 20 tahun hidup di bandar.

Menerusi siri pengambaraan terbaru Svetlana ke puncak tertinggi di Siberia, dia sempat merakamkan beberapa foto yang mana ketika itu berlakunya awan pelangi.

Difahamkan foto yang cukup unik itu berjaya dirakamkan ketika berada di sekitar gunung Belukha. Fenomena awan pelangi itu berlaku disebabkan oleh titisan air atau kristal ais berselerak dengan cahaya.

Menurut wanita ini foto tersebut dirakamkannya pada pagi musim sejuk dan dia berdiri di atas tasik Ak-Kem. Katanya lagi fenomena ini sangat biasa terjadi di kawasan pergunungan tersebut.

Walaubagaimanapun foto yang dikongsikannya itu sudah disunting untuk memberikan kesan pencahayaan tertentu. Biarpun begitu Svetlana memberitahu fenomena awan pelangi ini sememangnya dapat dilihat dengan jelas dengan pandangan mata kasar.

Namun jika cahaya terlalu terang kerana awan ini berdekatan dengan matahari, fenomena tersebut sukar untuk dilihat. Apa-apa pun foto-foto ini sahaja pun sudah nampak betapa indahnya fenomena alam tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Boredpanda

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Fenomena Awan Pelangi di Siberia Berjaya Dirakam, Luarbiasa Cantiknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*