“Impian Saya Hanya Mahu Kahwin Di Masjid, Tapi…” Joe Flizzow Bakal Tamat Zaman Bujang Awal April

Rapper popular, Joe Flizzow mengumumkan dia akan menamatkan zaman bujangnya pada awal April tahun ini.

Menurut Joe, dia hanya bersedia dari segi mental dan menyerahkan urusan persediaan majlis kepada ibunya, Aishah Ali.

“Saya hanya bersedia dari segi mental, untuk persediaan majlis, saya lebih selesa untuk menyerahkannya kepada ibu saya memandangkan dia sangat teruja untuk mengadakan majlis perkahwinan saya.

“Kami memilih Dewan Perdana Felda sebagai lokasi majlis kerana ia mampu memuatkan lebih 1000 orang, kami harus mengundang ramai tetamu kerana kawan-kawan ibu saya pun lebih ramai dari kawan saya sendiri,” seloroh Joe.

Joe berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nusa Fest bertempat di Alila Bangsar, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ditanya soal konsep perkahwinan impian, Joe mengatakan dia lebih gemar untuk mengadakan majlis serba sederhana.

“Kalau ikutkan saya, impian saya hanya mahu kahwin dalam masjid, saya suka sederhana sahaja. Tapi saya ikut kehendak ibu saya yang mahu ajak orang ramai.

“Memandangkan saudara mara pun tumpang gembira, maka eloklah kami adakan satu majlis yang boleh kedua-dua belah keluarga berkumpul,” tambahnya.

Difahamkan, upacara akad nikah juga akan diadakan di hari dan lokasi yang sama.

Maklumat lanjut mengenai majlis itu akan dihebahkan oleh pihak pengurusan Joe tidak lama lagi.

Terdahulu, Joe telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Impian Saya Hanya Mahu Kahwin Di Masjid, Tapi…” Joe Flizzow Bakal Tamat Zaman Bujang Awal April"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*