“Sebelum Kahwin Memang Ada Peminat Hantar Gambar Bukan-Bukan” Alamak… Isteri Kongkong Sampai Pantau Instagram. Ini Penjelasan Tajul

Penyanyi Tajul Ariff, 22, akui gaya hidupnya semakin berubah sejak mendirikan rumah tangga.

Menurut Tajul, jika dahulu dia bebas untuk keluar rumah sesuka hati, namun kini dia perlu lebih beringat kerana sudah mempunyai keluarga.

“Isteri saya tidaklah sampai mengongkong, dia pun tak ada nak cemburu buta. Malah dia sangat memahami kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Namun kepercayaan itu tidaklah bermaksud saya boleh ambil kesempatan.

“Cuma, kadang kala keluar rumah kena tengok mood dia dulu, kalau kurang baik, pandai-pandailah balik awal,” katanya.

Ditanya sama ada isteri memantau aktiviti di laman sosialnya, Tajul tidak menafikan perkara terbabit.

“Saya dan isteri bertukar kata laluan akaun Instagram (IG) supaya mudah memantau aktiviti. Lebih senang jika isteri pantau laman sosial tambahan pula kalau ada mesej bukan-bukan daripada peminat.

“Tak dinafikan, dulu sebelum kahwin memang ada peminat hantar gambar bukan-bukan. Tapi sekarang, Alhamdulillah, sudah tiada,” katanya.

Tajul berkata demikian ketika ditemui ketika sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung baru-baru ini.

Untuk rekod, Tajul mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.

Bagaimanapun, status perkahwinannya bersama  Nurul Shamieza Eddie, 24, hanya diketahui umum selepas hampir dua tahun merahsiakannya.

Kedua-dua pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata, Adriana Carissa pada November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sebelum Kahwin Memang Ada Peminat Hantar Gambar Bukan-Bukan” Alamak… Isteri Kongkong Sampai Pantau Instagram. Ini Penjelasan Tajul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*