“Tak Bersedia Sebab Fikir Diri Ini Kot0r,” Alif Muhaimin Cerita Tunai Umrah, Lupa Niat Depan Kaabah

Baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah umrah, pelakon Alif Muhaimin mengakui pengalaman sewaktu berada di Tanah Suci cukup sukar dilupakan.

Walaupun ragu-ragu pada mulanya, namun dia mahu memulakan kehidupan baru.

“Seminggu sebelum pergi umrah, saya takut sebab orang kata kalau salah niat, mungkin akan berlaku macam-macam. Masa itu saya tidak bersedia sebab fikir diri ini kotor, namun apabila tiba di Madinah, tempatnya sejuk, ternampak pula Masjid Nabawi yang sangat besar dan orang-orang di sana baik, saya rasa meriah dan gembira.

Pengalaman yang seronok dan macam tidak mahu pulang.

“Sejujurnya saya merasakan diri seorang yang banyak dosa dan hina. Bial berdoa saya rasa sebak sebab terasa dekat dengan Allah.

“Saya pula menunaikan umrah dengan ibu dan kakak, selepas berdoa dan peluk mereka, terasa sebak,” jelasnya.

Sewaktu tiba di Mekah dan melihat Kaabah buat pertama kali di depan mata, jelas Hero Remaja 2017 ini, segala kehidupannya terimbau kembali di depan mata.

“Apabila ternampak Kaabah, saya terus imbas kembali segala yang dilakukan sebelum ini dan jadi kaget sehinggakan niat menunaikan umrah dan tawaf semua saya lupa,” jelasnya jujur.

Sedar akan trend yang menjadikan ibadah umrah sebagai ‘percutian’ tahunan bagi segelintir pihak, pelakon berusia 26 tahun ini menegaskan, ia terletak pada niat masing-masing.

“Bagi saya itu terletak di tangan mereka. Apabila membuat umrah, apa yang penting ialah selepas pulang daripada umrah.

“Namun jika masih mengekalkan sikap yang sama, bagi saya tiada guna.

“Selepas pulang daripada mengerjakan umrah, sepatutnya kita ubah sikap tidak elok secara perlahan-lahan,” ulasnya menyentuh isu terbabit.

Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru dan sedang aktif menjalankan perniagaan online.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mh

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Bersedia Sebab Fikir Diri Ini Kot0r,” Alif Muhaimin Cerita Tunai Umrah, Lupa Niat Depan Kaabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*