Anak Dem@m C@mpak, Farah Ahmad Tetap Guna Petua Orang Dulu Tepek Daun Semambu

Pelakon Farah Ahmad memberitahu bahawa anak perempuannya,  Thia Farhana kini mengalami demam campak.

Menurut Farah, biarpun sudah merujuk anaknya itu kepada doktor, namun, dia masih tetap mengamalkan petua yang sering digunakan oleh orang dulu.

“Ateh-ateh ayah @pitthanif kena demam campak. Jadi, seminggu duduk rumah. Doktor dah jumpa, tapi sebagai mak-mak ni, tetap kita amalkan ajaran orang-orang lama.

“Mandi dengan air daun semambu. Selepas itu kisar daun semambu yang lain campur dengan bedak sejuk, tepek satu badan.

Tidak setakat melumurkan dengan daun tersebut, menurut Farah dia juga meminta anaknya untuk tidur beralaskan daun semambu.

“Lepas tu tidur atas daun semambu, jadi, mama ni tak nak sepah-sepah, ambil kain batik masukkan daun-daun ni kemudian jahit. Tidaklah bilik nanti jadi macam musim luruh,” katanya.

Farah turut berkongsi gambar dan video anak bongsunya itu yang sudah selesai dilumur dengan daun semambu seluruh badan menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Ateh-ateh ayah @pitthanif kena demam campak huhuhuhu.so seminggu duk rumah. Hehe doktor dah jumpa tapi as a mak2 ni tetap kita amalkan ajaran orang2 lama. Daun semambu yesza….mandi dgn air daun semambu pastu blend daun semambu yg lain campur dengan bedak sejuk tepek satu badan heheeheh dah macam muka (/:/”/” pastu tidur atas daun semambu heheh so mama ni xnak sepah2 amik kain batik masukkan daun2 ni jahit heheheh so edok ler bilik kang jadi macam musim luruh. Awak , lil dragon ok heheheh tapi biasalah gatal2. Hari Isnin hr tu punyerlah kakak2 cari satu sekolah nak balik rupanya ateh2 dh tertidur kat dewan putih xlarat dia kata dia xmain pun pun dgn kawan sb Thia letih. Doktor Asmawati terkejut baru tahu pemergian awak. Sibuk doktor tanya mana firdaus yerla selalu kita berdua kalau part anak xsihat dua2 akan muncul kat klinik. Insyallah semua terkawal hehehhe. AL-fatihah buat kita semua . AL-fatihah buat syurgaku MOHD FIRDAUS BIN MOHAMAD HANIF. #prayforpitthanif #mrmrspitt #coretansikerinting #atehateh #lildragon #tottiespoppies #pittsangle

A post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on

Perkongsian Farah itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

“Daun semambu ni memang banyak membantu cepat kering parut campak tu.

“Rendam beras, mandikan dia dengan air beras tu. Insya-Allah kurang gatal badan. Kisar beras dan daun semambu buat bedak. Semoga cepat sembuh,” tulis sebahagian netizen.

Dalam pada itu, Farah turut mencoretkan luahannya buat arwah suaminya pengarah, Mohd. Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif.

“Doktor Asmawati terkejut baru tahu pemergian awak. Sibuk doktor tanya mana Fordaus. Ye lah, selalu kita berdua. Kalau anak tak sihat dua-dua akan muncul kat klinik. Insya-Allah semua terkawal,” tulisnya.

Pada 27 Oktober lalu, arwah Pitt ditemui mati selepas dilaporkan lemas ketika keluar memancing di Sungai Jelai, Lipis, Pahang.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Dem@m C@mpak, Farah Ahmad Tetap Guna Petua Orang Dulu Tepek Daun Semambu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*