Bertuahnya… teman wanita hadiahkan Ronaldo kereta mewah sempena hari lahir

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mewah daripada teman wanitanya, Georgina Rodriguez sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Rodriguez, 26, menghadiahkan pemain antarabangsa Portugal itu sebuah kereta mewah Mercedez Benz yang dianggarkan bernilai £150k  (RM801,620.25).

Detik kejutan tersebut dikongsikan wanita itu di dalam laman Instagram, dengan kehadiran rakan dan kenalan rapat mereka di Turin, Itali.

Video menunjukkan detik ketika Ronaldo dan Rodriguez sedang berjalan dan sekumpulan rakan mereka melaungkan ‘Happy Birthday’.

Sejurus ucapan itu, sekumpulan tetamu yang bersembunyi di belakang kereta SUV Mercedes-Benz G-Class berwarna hitam yang diletakkan di seberang jalan, keluar menyambut Ronaldo.

Ronaldo memeluk Rodriguez dan menujukkan reaksi seolah-olah terkejut dengan kejutan yang dilakukan, namun dalam masa yang sama tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

Ronaldo kemudian memeluk beberapa rakan yang mengucapkan tahniah sambil mereka menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ versi Bahasa Sepanyol.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bertuahnya… teman wanita hadiahkan Ronaldo kereta mewah sempena hari lahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*