Diana Danielle Berpakaian Tradisional, Tapi Tetap Dipanggil Camelia

enjayakan sesuatu watak yang dilakonkan bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya memerlukan bakat dan pengalaman. Baru-baru ini watak Camelia dan Mariam yang dibintangi oleh Diana Danielle menerusi drama Camelia nampaknya sungguh menjadi.

Manakan tidak, foto terbaru yang dikongsikan oleh pelakon ini di laman Instagram turut dihujani dengan komen dari netizen yang memanggilnya Camelia. Dalam foto tersebut kelihatan Diana Danielle berpakaian tradisional dengan kapsyen seperti berikut:

“Siapa saya? Sayalah si penglipur lara…”

Berikut adalah foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya:

 

View this post on Instagram

 

Siapa saya? Sayalah si penglipur lara..

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Perkongsiannya ini telah meraih lebih 30 ribu likes. Biarpun foto tersebut tiada kena mengena dengan watak dalam drama Camelia yang kini sedang ditayangkan di TV, namun rata-rata netizen tetap meninggalkan komen dengan memanggilnya Camelia dan Mariam.

Berikut adalah komen yang ditinggalkan netizen:

“Ini Camelia ke Mariam”

“MasyaAllah cantiqnyer”

“Camelia jadi ape plak ni….”

Ini membuktikan lakonan Diana Danielle sebagai Camelia dalam drama ini cukup menjadi. Memang hebat lakonannya!

Untuk info, drama berjudul Camelia kini masih ditayangkan di TV. Drama ini dibarisi pelakon hebat seperti Diana Danielle, Ain Edruce, Saharul Ridzwan, Lisdawati dan ramai lagi.

Menerusi episod 13 semalam, Camelia (watak yang wujud hasil ciptaan Mariam yang memiliki penyakit split personality) telah menguasai sepenuhnya diri Mariam.

Berikut adalah rakaman ringkas mengenai episod yang ditayangkan semalam yang dikongsikan oleh Diana Danielle:

 

View this post on Instagram

 

EYY CAMELIA DAH CONQUER HABIS!! Malam ni macam biasa 10pm di TV3 @dramasangat #dramasangat

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Diana Danielle

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Diana Danielle Berpakaian Tradisional, Tapi Tetap Dipanggil Camelia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*