“Disamakan Hyun Bin Dan Taecyeon,” Ini Resp0n Pemuda Kacak Malaysia Bila Viral

Baru-baru ini seorang pemuda kacak telah tular dimedia sosial apabila menerima pelbagai komen daripada netizen dan menurut sumber antara komen yang diterima “Mix Korea ke ni?”.

Komen berunsur pertanyaan terhadap pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Fahmi Mohd Yunus bermula apabila berkongsi fotonya mengenakan baju tentera menerusi laman Twitter.

Pemuda kacak Malaysia persis jejaka Korea viral

Ternyata ramai tertanya-tanya tentang pemuda tersebut selain turut disamakan dengan dua orang jejaka Korea terkenal, Hyun Bin dan Taecyeon.

Bagaimanapun, menerusi mStar pemuda berusia 20 tahun ini memberitahu bahawa dia tidak mempunyai darah campuran Korea namun nenek sebelah ibunya mempunyai darah Cina dan mungkin sebab itu jugalah wajahnya dan adik beradik lain seperti kacukan Cina sedikit.

Mengulas tentang disamakan dengan jejaka Korea, katanya dia tidak berfikir bahawa mukanya itu mempunyai iras dengan orang Korea.

Ramai tertanya-tanya tentang pemuda ini

“Saya tiada darah campuran Korea pun. Mak dan ayah saya keturunan Jawa. Tapi nenek sebelah mak saya ada darah Cina. Mungkin sebab tu muka saya dan adik-beradik lain macam kacukan Cina sikit.”

“Saya terfikir, kenapa Korea? Dan saya tak fikir muka saya sama dengan orang Korea. Wajah kami tak sama langsung, jauh sekali.”

Berbicara mengenai fotonya berpakaian tentera, pemuda kacak Malaysia ini berkata dia sedang melanjutkan pengajian sebagai kadet tentera udara di Royal Military College Saint-Jean, Kanada.

Selain foto hangat diperkatakan, sebenarnya pemuda ini juga pernah tular apabila membuat kejutan kepada keluarga dan melakukan aksi silap mata buat ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Disamakan Hyun Bin Dan Taecyeon,” Ini Resp0n Pemuda Kacak Malaysia Bila Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*