“Doakan, Masih Belajar Untuk Jadi Lebih Baik” Tya Arifin Semakin Manis Berhijab

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin akui masih dalam proses mempelajari dan membiasakan diri untuk berhijab.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Tya berharap peminat mendoakan dirinya agar terus istiqomah.

“Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik 🧡 (3/3)

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Bagaimanapun dia masih lagi tidak mengesahkan sama ada penampilan itu adalah imej atau penghijrahan terbaharunya

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti iaitu Mira Filzah, Syamim Farid dan Eleena Sui juga turut mendoakan Tya.

“Alhamdulillah… Amin… Insha-Allah Tya sayang,” tulis @mfmirafilzah

“Alhamdulillah… Amin… Semoga dipermudahkan urusan untuk Tya,” komen @syamimfarid

“Alhamdulillah… Amin. Insha-Allah, doakan saya juga ya. Sama-sama berusaha ke arah lebih baik,” coret @eleena.sui

Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Doakan, Masih Belajar Untuk Jadi Lebih Baik” Tya Arifin Semakin Manis Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*