“Impian Saya Hanya Mahu Kahwin Di Masjid,” Joe Flizzow

Selamat mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu, penyanyi rap popular, Joe Flizzow memaklumkan akan diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Marini Ramlan pada awal April depan.

Menurut Joe, dia menyerahkan segala urusan persediaan majlis kepada ibunya yang sangat teruja untuk majlis perkahwinannya itu dan dia hanya bersedia dari segi mental sahaja.

“Saya hanya bersedia dari segi mental, untuk persediaan majlis, saya lebih selesa untuk menyerahkannya kepada ibu saya memandangkan dia sangat teruja untuk mengadakan majlis perkahwinan saya.

“Kami memilih Dewan Perdana Felda sebagai lokasi majlis kerana ia mampu memuatkan lebih 1000 orang, kami harus mengundang ramai tetamu kerana kawan-kawan ibu saya pun lebih ramai dari kawan saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Joe berkata berkata dia mahukan majlis sederhana dan hanya diadakan di masjid tetapi dia mahu memenuhi kehendak ibunya yang mahu menjemput ramai orang ke majlisnya.

“Kalau ikutkan saya, impian saya hanya mahu kahwin dalam masjid, saya suka sederhana sahaja. Tapi saya ikut kehendak ibu saya yang mahu ajak orang ramai.

“Memandangkan saudara mara pun tumpang gembira, maka eloklah kami adakan satu majlis yang boleh kedua-dua belah keluarga berkumpul,” tambahnya.

Difahamkan, acara akad nikah juga akan diadakan di hari dan lokasi yang sama. Bagaimanapun, Joe masih belum mendedahkan lagi tarikh sebenar majlis tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Impian Saya Hanya Mahu Kahwin Di Masjid,” Joe Flizzow"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*