“Saya Risav Jika Ganggu Dia ” Alvin Chong Nekad ‘Lamar’ Emma Maembong

Penyanyi dan pelakon Alvin Chong akui Emma Maembong merupakan individu penting dalam hidupnya ketika ini, malah dia juga antara insan yang sukar dicari ganti.

Menurut Alvin, atas faktor tersebut jugalah Emma dipilih untuk tampil secara eksklusif dalam muzik video terbarunya berjudul Tak Terganti.

Jelas Alvin, lagu tersebut dicipta oleh penyanyi kumpulan Samsons Ariadinata  dan turut mendapat sentuhan penerbit antarabangsa, Bryan B sebagai penggubah dan penerbit rakaman.

“Lagu ini maksudnya luas, bukan saja untuk kekasih tapi untuk keluarga atau rakan yang kita hargai. Orang yang kita saying dan sukar diganti.

“Jadi ketika mencari siapakah yang patut ada dalam muzik video ini saya terus terfikir Emma. Dia adalah antara insan yang saya paling rapat dalam industri hiburan,” katanya.

Tambah Alvin, dia pada awalnya takut untuk ‘melamar’ Emma untuk bekerjasama dalam muzik video kerana khuatir akan menganggu masa pelakon berkenaan.

“Sebab tempoh untuk kami mulakan penggambaran semakin singkat jadi saya tak sangka pula Emma akan setuju.

“Malah, dia sendiri mengakui yang dia akan curi masa juga untuk saya. Lega bila Emma sendiri teruja memandangkan dia tidak belum pernah terlibat dalam muzik video,” katanya.

Alvin berkata demikian ketika majlis sidang media pelancaran muzik video Tak Terganti dan kelab peminatnya, Alvinators.

Pada yang mahu menonton gandingan Alvin bersama Emma dalam muzik video Tak Terganti, ia akan dilancarkan di YouTube AlvinChongVevo, 10 Februari (Isnin) ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Risav Jika Ganggu Dia ” Alvin Chong Nekad ‘Lamar’ Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*