Tahniah! PU Abu Dapat Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Uwais Al-Mateen

Tahniah! PU Abu Dapat Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Uwais Al-Mateen

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi rasa gembira selepas isterinya, Hana Azraa selamat melahirkan cahaya mata pada 1 Februari lalu jam 6:59 pagi.

Memilih nama Uwais Al-Mateen, bayi lelaki itu dilahirakan seberat 3.12kg.

Perkara itu dikongsikan Abu di Instagramnya.

“Syukur pada Allah! Pada tanggal 1 Februari 2020 jam 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kg.Moga menjadi anak yang soleh, kehidupan mu memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting diri mu mampu memberikan sumbangan kepada Islam.

“Terima kasih @hanaazraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita.Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus.Terima kasih mummy♥️ ♥️♥️

Muhammad Uwais Al-Mateen bin Muhammad Abu Sufyan,” tulisnya.

Menrusi ruangan komen, rata-rata memberi ucapan tahniah diatas kelahiran itu. Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin pada Mei  2019.

Hana merupakan ibu tunggal beranak satu. Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika Ain sedang hamil tujuh bulan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar yang kini berusia tujuh bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram Abu Sufyan

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tahniah! PU Abu Dapat Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Uwais Al-Mateen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*