Fakt0r Usia Buat Ajak Shiro Selesa Bekerja Di Suria FM

GABUNGAN baharu Ajak Shiro, Fizi Ali dan Issey menerusi segmen Team Pagi Suria menerima sambutan yang sangat baik.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 34, mengakui dia berasa lebih selesa bekerja dengan Suria FM kerana sesuai dengan usianya.

“Memang ada rasa perbezaan sekarang sebab sebelum ini saya berada di stesen radio yang lain. Apabila sertai Suria, saya berasa lebih matang.

Ajak berasa lebih matang selepas sertai Suria FM.

“Pengisian di Suria membuatkan pendengar berasa lebih selesa dan saya juga berasa begitu kerana ia sesuai dengan usia saya.

“Terima kasih sebab semua orang termasuk pendengar mengalu-alukan saya dan memberi komen positif membuatkan saya gembira untuk bekerja di Suria,” kata Ajak kepada mStar.

Ajak ditemui ketika sidang media khas bersama mStar di Tropicana City Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya tak rasa kekok bekerjasama dengan Issey dan Fizi.”

AJAK SHIRO

PELAWAK DAN PENYAMPAI RADIO

Menerusi laporan mStar pada 6 Januari lalu, Ajak bersetuju menerima tawaran menyertai stesen berkenaan setelah kontraknya sebagai pengacara sebuah program televisyen berakhir.

Penyanyi lagu Yang Mano ini mula bergandingan dengan Fizi dan Issey menerusi segmen Team Pagi Suria bermula pukul 6 Pagi hingga 10 pagi sejak 7 Januari lalu.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Rare ini berasa bangga dapat bergandingan dengan Fizi dan Issey yang mempunyai bakat besar.

Ajak tidak kekok bekerjasama dengan Fizi dan Issey.

“Alhamdulillah, saya tak rasa kekok bekerjasama dengan Issey dan Fizi. Saya dan Issey pun dah kenal lama, jadi tak ada masalah untuk cari keserasian.

“Issey pun pernah mengacara dan berlakon. Fizi pula, dia sememangnya seorang penyampai radio yang sangat bagus dan berbakat.

“Cuma mungkin dia kurang pada namanya, tapi saya rasa bangga bekerja dengan orang yang nama kecil tapi bakatnya besar,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Fakt0r Usia Buat Ajak Shiro Selesa Bekerja Di Suria FM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*