“Jika Terdedah, Mungkin Akan Mengganggu Jemaah Lain,” Harap Berubah, Alif Muhaimin Resp0n Isu Sajat Bertelekung

Mengambil positif atas kontroversi yang berlaku kepada usahawan dan bintang media sosial, Sajat, jelas Alif Muhaimin, niat untuk mengerjakan umrah merupakan satu pencapaian yang terbaik bagi seorang muslim.

Tidak mahu menuding kesalahan tanpa memperhalusi punca sebenar, ulas Hero Remaja 2017 itu, Sajat mungkin punya sebab tersendiri apabila memakai telekung di Tanah Suci.

“Secara peribadi saya tidak tahu sama ada ia patut atau tidak, tapi jika dia sendiri mahu dekatkan diri dengan Tuhan, dan niatnya suci dan ikhlas, saya rasa bagus.

Namun disebabkan dia memakai telekung, ia menjadi isu.

“Bagi saya, sukar untuk dia memakai ihram kerana dia punya bentuk badan seperti wanita dan jika terdedah, mungkin akan mengganggu jemaah lain.

Jadi apabila dia mengambil keputusan memakai telekung, mungkin ia bertujuan untuk tidak mengganggu jemaah lain beribadah.

“Orang pun tidak tahu dia perempuan atau lelaki dan sekaligus boleh mengelakkan fitnah. Jadi itu antara dia dengan Allah.

“Apabila dia berniat mengerjakan umrah dan sampai ke sana, ia satu pencapaian yang bagus bagi seorang muslim,” jelasnya yang akui biarlah pihak yang lebih arif untuk mentafsir.

Malah, tindakan Sajat memuat naik status di laman sosial miliknya dilihat sebagai norma kebiasaannya seorang selebriti berkongsi detik peribadi buat tontonan umum.

“Bagi saya, dia seorang selebriti media sosial dan tindakannya memuat naik di Instagram bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya mungkin itu cara dia untuk tunjukkan dia mahu berubah. Namun terjadi salah faham.

“Saya sangat berharap apabila dia pulang daripada mengerjakan umrah, akan terdetik di hati untuk berubah menjadi lelaki sejati,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jika Terdedah, Mungkin Akan Mengganggu Jemaah Lain,” Harap Berubah, Alif Muhaimin Resp0n Isu Sajat Bertelekung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*