Ramai Cair Lihat Video Cara Putera Harry Beri Perhatian Kepada Meghan Markle

Apabila melakukan luahan hati di media-media sosial, satu persamaan yang ramai wanita kongsi adalah suami mereka tidak melayan mereka seperti mana mereka dilayan sewaktu bercinta.

Namun sememangnya bukan semua kaum lelaki seperti itu. Ada yang tetap menghargai dan melayan pasangan sama seperti sebelum berkahwin.

Segelintir lelaki tidak merasakan hanya kerana seseorang perempuan itu telah menjadi milik mereka, mereka tidak perlu lagi menunjukkan usaha untuk menjaga hati perempuan itu.

Malah, ada pasangan yang lebih sweet dengan pasangan mereka selepas berkahwin. Contohnya adalah seperti pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle.

Satu kompilasi klip video yang sering dikongsikan di Twitter sejak kebelakangan ini membuat ramai wanita cair dan berharap untuk mendapat pasangan seperti Putera Harry.

 

Apa tidaknya, dalam video yang telah meraih lebih 27 juta tontonan tersebut, anak kerabat diraja British itu dilihat sangat memberi perhatian kepada isterinya.

Ketika pasangan itu menghadiri majlis-majlis sosial, lelaki berusia 35 tahun itu dilihat berdiri di sisi Meghan sambil memerhatikannya. Apabila Meghan dikalungkan dengan rantai, Harry secara automatik membetulkan rambut Meghan tanpa disuruh.

Dalam rakaman itu juga, apabila angin meniup rambut wanita berusia 38 tahun itu, Harry segera membetulkan rambut isterinya yang berterbangan. Malah tindakannya meletakkan dagu di bahu Meghan seperti anak kecil selepas itu membuat ramai wanita menjerit “Awwww“.

Tidak dapat dinafikan, bagi kebanyakan wanita biasa, sukar untuk mereka diberikan perhatian dalam perkara-perkara kecil seperti itu. Tidak ramai lelaki yang akan mengambil kisah jika rambut pasangan mereka berserabut ditiup angin di tempat awam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Twitter

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ramai Cair Lihat Video Cara Putera Harry Beri Perhatian Kepada Meghan Markle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*