This Is Gold. Ernie Dedah Ku Bersuara Versi Syamel, Memang Ramai Tak Pvas Dengar

Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan lagu Ku Bersuara nyanyianya dalam versi Syamel.

Ernie berkongsi video pendek yang merakamkan suara Syamel sewaktu menyampaikan draft pertama lagu tersebut kepadanya.

Menurut Ernie, sebaik sahaja mendengar lagu tersebut, dia tidak teragak-agak dan terus bersetuju untuk bekerja dengan Syamel.

Kata Ernie lagi, tujuannya berkongsi video tersebut adalah untuk mengimbas kembali kenangan sewaktu mula-mula menerima lagu tersebut.

“Ku Bersuara first draft, lain kan bunyinya? Syamel beri saya draft pertama dan saya terus mengatakan setuju!

“Kita dia mengambil keputusan untuk bekerja dengan tiga orang komposer yang luar biasa hebatnya, Mr. Omar, John dan Ikhwan.

“AJL34 adalah pada Ahad ini. Saja nak recall memori yang saya simpan/rekod untuk lagu ini,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Ernie meluahkan rasa tidak puas mendengar versi Syamel selain berterima kasih kepada penyanyi itu kerana berkongsi video berkenaan.

Terdahulu, Ernie merupakan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL34) dan bakal menyampaikan lagu Ku Bersuara.

Pentas akhir AJL34 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "This Is Gold. Ernie Dedah Ku Bersuara Versi Syamel, Memang Ramai Tak Pvas Dengar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*