“Aku Minta Maaf Tak Dapat Teng0k Kau Buat Kali Terakh!r” Fad, Achey Gag4l Kawal Em0si, Menangis Kehil4ngan Abam Bocey

PEMERGIAN mengejut Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi pengkebumian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun.

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku.

“Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya.

Tinggal kenangan… Abam Bocey meninggal dunia pagi Isnin.

Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Allahyarham di Instagram miliknya pagi Isnin.

Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

“Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya.

“Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau.”

FAD BOCEY

PELAWAK

Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu.

“Kenapa awal sangat Bam… mana janji kau!” tulisnya.

Jenazah Allahyarham dimandikan di rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Aku Minta Maaf Tak Dapat Teng0k Kau Buat Kali Terakh!r” Fad, Achey Gag4l Kawal Em0si, Menangis Kehil4ngan Abam Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*