“Minta Gambar, Jemput Pun Tak” Nourul Terkesan Stesen TV Layan Acuh Tak Acuh

Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa kesal terhadap stesen televisyen tempatan yang memberikan layanan sambil lewa terhadapnya.

Dedah Nourul, dia dihubungi oleh pihak produksi stesen televisyen berkenaan untuk mendapatkan bahan visual ketika kemenangan lagunya suatu ketika dahulu namun tidak menjemputnya hadir ke sebuah acara hiburan yang baru berlangsung baru-baru ini.

“Nak tahu cerita tak? Stesen TV mesej minta gambar nak buat tribute.

“Buat tribute nak minta gambar siapa support dari belakang masa kami menang dulu.

“Minta gambar, jemput pun tak. Tapi depa tak jadi nak buat flashback itu. Saya tahu kenapa.

“Adab tu penting. Memang kalau jemput pun kami tak boleh pergi. Tapi sekurang-kurangnya kita tahulah depa beradab dan ingatkan na. Kita pernah mewarnai program depa,” luahnya menerusi akaun Twitter malam tadi.

Nourul turut terkilan apabila nama Instagramnya tidak disebut dalam salah satu video throwback nyanyiannya bersama bekas suami, Ajai beberapa minggu lalu.

“Depa letak video kami nyanyi duet dulu kat IG tak mention pun nama kami. Rasa macam kami dah mati pula,” tambahnya berserta tanda pagar #sajanakkata.

Nourul pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian sebelum ini termasuk Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002) menerusi lagu Keliru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Minta Gambar, Jemput Pun Tak” Nourul Terkesan Stesen TV Layan Acuh Tak Acuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*