“Jangan Tinggal Solat, Tidur Awal,” Pesan Murni Amar Baharin Buat Anaqi, Moga Jadi Anak Soleh

Menerusi laman media sosial Instagram milik pelakon, Amar Baharin ada berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagar anak pertama, Anaqi yang sedang bermain-main di Kawasan perumahannya.

Sebagai seorang bapa, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin memaklumkan sentiasa memberi nasihat dan pesanan kepada anaknya agar menjadi seorang anak yang baik dan merendah diri.

“Aku selalu pesan kat anak aku walaupon dia baru 2 tahun 4 bulan, “Anaqi dengar cakap Mommy & Daddy, jangan tinggal solat, tidur awal, minum air banyak2.

“Tidak la dia ikut semua tapi ada juga yg dia ikut.

“Lagi satu aku pesan, Anaqi jangan sombong dengan orang walaupon ramai followers Yang tu dia ikut. Tengok je la video ni bila ada neighbour tegur…,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji wajah Anaqi yang kelihatan sangat comel dan semakin bijak.

Sekadar informasi, Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Aqeef Anaqi, 2 tahun dan selamat melahirkan Ayra Aryssa yang pada 1 Februari yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jangan Tinggal Solat, Tidur Awal,” Pesan Murni Amar Baharin Buat Anaqi, Moga Jadi Anak Soleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*