“Tanggung Dana Ustaz Berceramah Keliling Negeri Antara Amalan ‘R@hsia’ Abam” D3dah Isteri Dan Juga Adiknya Ali Puteh

Pemergian Allahyarham Abam atau nama betulnya Syed Umar Mokhtar sudah pun memasuki hari kelima. Namun, namanya masih mewangi dibibir setiap lapis masyarakat sehingga ada sahaja cerita baik tentangnya terbongkar.

Hari ini, pihak Malaysia Gazette telah berpeluang menziarahi kediaman arw4h dan bertemu sendiri adiknya, Syed Ali Mubarak dan isteri allahy4rham, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Temu bual bersama adik serta isteri allahyarham Abam

Menerusi temu bual tersebut, ternyata air mata penonton tidak akan dapat dit4han apabila Ali menceritakan bagaimana kehidupan abangnya yang ternyata luar biasa.

Melakukan kebaikkan tanpa ingin diketahui umum, Ali terlihat begitu tenang membocorkan satu demi satu rahsia arw4h.

Tanggung anak yatim & biaya ustaz berdakwah

Menurutnya, Abam sebenarnya menanggung anak-anak yatim dan tahfiz di beberapa lokasi dari segi keperluan dan juga kewangan.

Dia juga seorang yang begitu pemurah kerana menanggung perjalanan dakwah seorang ustaz dikenali sebagai Ustaz Anas dari Pahang  bagi menyampaikan ilmu agama keliling negeri.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pendakwah terkenal iaitu PU Azman melalui panggilan telefon kepada Ali dalam nada yang cukup sebak.

Tidak berkira langsung dengan rezeki

Tambah Ali lagi, sikap Abam ini sememangnya begitu hebat kerana langsung tidak berkira lagi-lagi dari segi rezeki. Dia akan membelanja sesiapa sahaja tidak kira rakan ataupun orang awam.

Jadi, menurutnya, Abam sentiasa akan bawa wang tunai dalam jumlah yang agak besar bagi memudahkannya bersedekah.

Dikelilingi oleh orang2 hebat & umat Islam

Ali juga sempat menyebut bahawa semasa jenazah dalam proses diuruskan, ribuan manusia telah berhimpun di masjid bagi menyembahyangkan allahy4rham Abam.

Apa yang membuatkan dia berasa terharu adalah para pendakwah terkenal, imam-imam, anak-anak yatim dan tahfiz, sahabat handai, keluarga serta orang awam yang tidak dikenali berpusu-pusu ingin memberikan penghormatan terakhir buat abangnya.

Diakhir temu bual tersebut Ali juga ada menyentuh isu p0st-m0rtem berkaitan arw4h dan jawapannya adalah pihak mereka tidak melakukan sebarang p0st-m0rtem. Hanya bahagian f0rensik Hospital Selayang mengambil sedikit dar4h dan juga tisu b4dan arw4ah sebagai rujukan mengetahui punca sebenar pemergiannya.

“Abam sendiri tak pernah heboh perkara ini, sebaliknya terbongkar selepas dia meningg4l dunia”-Dato Hattan

PENYANYI popular Datuk Hattan, 56, mencadangkan Allahy4rham Abam Bocey dijadikan ikon untuk golongan remaja serta masyarakat.

Hattan berkata, cadangan itu difikirkan selepas melihat perkara positif dilakukan Abam ketika hay4tnya.

“Benar Abam sudah tiada, tapi tak salah jika kita angkat dia sebagai ikon kerana tak banyak artis yang sehebatnya. Bayangkan, budak sekolah berusia 10 tahun boleh menangis teresak-esak apabila mendapat berita dia meni1nggal dunia.

“Abam sangat merendah diri dan tak banyak cakap, tapi dia tunjukkan teladan yang baik kepada kita semua. Ambil contoh, seorang wanita bersama anaknya sanggup datang menziarahi kvbur Abam walaupun sudah jam 8 malam kerana mengenangkan budi arw4h yang tampung persekolahan anaknya,” katanya.

Menurutnya, Abam sendiri tidak pernah menghebohkan perkara ini, sebaliknya hanya terbongkar selepas dia men1inggal dunia.

“Bukankah semua benda yang dibuatnya itu amalan mulia dan dituntut dalam Islam? Dia juga menjaga ibunya, adik-beradik dan orang lain. Apa salahnya dia dijadikan contoh. Sekurang-kurangnya kerajaan atau mana-mana pihak harus buat sesuatu bagi mengenang jasanya,” katanya.

Hattan berkata, impak yang dicetuskan Abam memang kuat dan sehingga kini cerita kem4ti1annya masih diperkatakan di media sosial.

“Saya akui apa yang berlaku memang dahsyat. Saya sendiri menangis dari masjid sampai ke kubvr pada hari kem4ti1annya. Bayangkan, belum pernah lagi saya menangis sampai begitu sekali. Malah penceramah, Imam Muda Hassan pun kata kem4ti1annya dalam ‘khusnul khatimah’.

“Sebagai orang yang masih hidup, kita cemburu apa yang arwah dapat. Saya berdoa supaya satu hari nanti, saya pun akan dapat begitu,” katanya.

Menurut Hattan, dia orang paling gembira sekiranya cadangan ini diterima dan menjadi kenyataan.

“Kita boleh jadikan dia ikon untuk anak-anak muda yang sudah menyimpang supaya mencontohi kebaikan yang dilakukannya.

“Abam seorang artis popular tapi tengoklah bagaimana cara pembawakan dia sehingga disukai ramai. Kita minta kebenaran cara baik dengan keluarganya untuk buat benda ini, sekurang-kurangnya dapat tambah pahala untuk arwah,” katanya.

Hattan turut mencadangkan supaya dihasilkan produk jualan seperti baju jenama Abam dan pendapatannya boleh dimanfaatkan banyak pihak.

“Keuntungan daripada jualan ini boleh digunakan untuk keluarga Abam serta untuk terus bantu mereka yang pernah dibantu Abam terutamanya anak-anak yatim dan golongan miskin. Kalau ada pihak nak wujudkan Yayasan Abam pun boleh juga. Tujuannya untuk bantu semua pihak yang memerlukan. Mungkin Abam tak belajar tinggi, tapi dia berjaya dalam hidupnya. Rugi kalau tak manfaatkan kelebihan itu untuk kebaikan kita semua,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette

Kredit: ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "“Tanggung Dana Ustaz Berceramah Keliling Negeri Antara Amalan ‘R@hsia’ Abam” D3dah Isteri Dan Juga Adiknya Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*