Penyanyi Baru Betto Khai Pertaruhkan Janjimu

Penyanyi baru, Betto Khai atau nama sebenarnya, Mohammad Khairul Masian mempertaruhkan lagu Janjimu sebagai langkah pertama dalam industri muzik.

Berasal dari Meru, Klang, Betto mula menceburi bidang muzik atas dorongan ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong sejak dari bangku sekolah.

Menggemari irama pop balada, jejaka juga berbakat dalam penciptaan lagu dan single Janjimu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Betto.

“Lagu Janjimu ini mengisahkan tentang kisah percintaan, di mana seorang lelaki mengalami kekeliruan dan ragu-ragu terhadap kesetiaan pasangannya.

“Lagu ini saya dapat inspirasi berdasarkan pengalaman sekeliling dan diri saya sendiri juga yang pernah dicurangi bekas kekasih.

“Daripada pengalaman tersebut membuat saya lebih berhati-hati dalam sesebuah perhubungan,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang bernaung di bawah MAP Music ini berharap agar lagu ini diterima baik pendengar dan karya-karya nukilannya mendapat sokongan agar dia terus bersemangat mengembangkan bakat di persada seni.

Lirik video rasmi Janjimu ini sudah menemui pendengar bermula 12 Febuari 2020 di saluran Youtube dan juga boleh distrim di platform digital seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer dan juga Apple Music.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Penyanyi Baru Betto Khai Pertaruhkan Janjimu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*