Farid Kamil Akvi Kawan Jauhkan Diri Sejak Kelu0r Mas0k Penj.ara

Terpalit dengan beberapa dakwaan kes jenayah sehingga dijatuhkan hukuman penjara tahun lalu, Datuk Farid Kamil mengakui ada beberapa teman rapatnya mula menjauhinya.

Bagaimanapun, Farid berkata dia tidak berkecil hati dengan tindakan individu berkenaan kerana dia juga berharap hidupnya jauh daripada aura negatif.

“Kawan-kawan jauhkan diri itu memang ada, itu yang saya harapkan sekarang agar mereka jauhkan diri daripada memberikan vibe negatif dalam hidup saya. Bagi mereka yang kekal bersama saya dan ada juga yang baru datang, terima kasih saya bersyukur sangat.

“Allah sudah tunjukkan dengan jelas apa yang putih dan hitam dalam hidup saya, sekarang ini saya adalah Farid Kamil yang tak sabar nak berdepan cabaran hidup akan datang,” katanya kepada mStar Online.

Perlaksanaan hukuman penjara 9 bulan kini ditangguhkan, Farid berkata ia sekaligu memberi peluang kepadanya untuk fokus dengan filem terbaru arahannya, Remp-it 2 yang dijangka akan ditayangkan Ogos ini.

“Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu ‘Remp-it 2’ keluar dulu kerana seluruh keluarga saya bergantung harap dengan filem ini. Ini filem pertama terbitan FKX Film Sdn Bhd dan saya merupakan penerbit, pengarah dan pelakon.

“Malah isteri saya, Diana Danielle turut terbabit sebagai penerbit bersama dan anak saya, Muhammad juga berlakon dalam filem ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Farid Kamil Akvi Kawan Jauhkan Diri Sejak Kelu0r Mas0k Penj.ara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*