“Joy Revfa Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan,” Tinggi Ilmu Agama

Sekian lama solo selepas bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 2017, usahawan kosmetik, Joy Revfa mengakui bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata dia akan mendedahkan identiti jejaka itu pada hari pernikahan mereka. Namun, Joy berkata jejaka tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini dimana mereka sudah berpisah sejak tahun lalu,

“Ya, memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti.

“Bukan apa, takut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan.

“Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Joy berkata dia inginkan pasangan hidupnya selepas ini seorang yang berpengatahuan luas dalam dunia perniagaan serta tinggi ilmu agama agar dapat membimbingnya.

“Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami,” ujarnya.

Sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Joy Revfa Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan,” Tinggi Ilmu Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*