“Pertama Kali Mendaki Terus Naik Dan Sentvh Puncak” Fizo Omar Tak Percaya Berjaya Tawan Kinanalu

Pelakon dan usahawan Fizo Omar berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 15 Februari lalu.

Fizo sendiri tidak menyangka dan percaya telah berjaya menghabiskan kembara terbabit dengan jayanya walaupun tanpa sebarang latihan.

Jelas pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini, dia membuat keputusan untuk bersama-sama mengikuti pendakian itu ketika dirinya masih dalam sesi penggambaran sebuah drama.

“Akhirnya saya buat! Puncak Gunung Kinabalu.

“Jangan tanya macam mana keadaan Abe Joe nak sampai ke puncak lebih 4,000 meter tu dan macam mana aku merangkak turun pulak.

“Seksa weh, ye lah dengan tak training tengah penggambaran drama #maaftakindah lagi ni lari tinggal set kejap.

“Lagipun Abe Joe ni bukan kaki hiking pun. Pertama kali hiking terus naik Kinabalu dan sentuh puncak. Aku sendiri pun masih lagi tak percaya ni.

“Seriously aku cakap aku takkan sampai kalau takda brother 2 orang ni yang dok push dan motivate aku all da way. Terima kasih sangat bro @qobin_mokhtar dan @boiynadz.

“Habis lagu dah dia nyanyi, kata-kata semangat untuk aku, tinggal lagi tak angkat aku naik ke atas je,” tulisnya di Instagram (IG).

 

View this post on Instagram

 

Finally i made it! . Peak of Mount Kinabalu ✅ Jgn tanya mcm mana keadaan abe joe nak sampai ke puncak lebih 4000 meter tu dan mcm mne aku merangkak turun plak.seksa weh, ye lah dgn tak training tgh shooting drama #maaftakindah lagi ni lari tggl set kjap.lagi pun abe joe ni bukan kaki hiking pun. 1st time hiking terus naik kinabalu n touch the peak.aku sendiri pun masih lagi tak percaya ni. . Seriously aku ckp, aku xkn sampai kalau xde brother 2 orng ni yg dok push n motivate aku all da way. Tqvm bro @qobin_mokhtar n @boiynadz . Hbs lagu dah dia nyanyi, kata2 semangat utk aku, tggal lgi x angkat aku naik ke atas je. . Byk lagi cerita aku nak share, nnti korang tggu full video di FB n youtube aku. . Bru je trn mlm td, jalan pun tak betul dah hari ni. . #KE7B #hiking #mountkinabalu #kinabaluview #vlogfizoomar

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fizo tidak terlepas meninggalkan komen memberi ucapan tahniah di samping turut sama bangga dengan kejayaan yang telah dicapai.

Fizo bersama beberapa orang pendaki lain memulakan perjalanan mendaki pada 14 Februari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Instagram Fizo Omar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pertama Kali Mendaki Terus Naik Dan Sentvh Puncak” Fizo Omar Tak Percaya Berjaya Tawan Kinanalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*