“Berhijab Bukan Hanya Identiti Untuk Menunjukkan Kita Wanita Muslimah, Sebenarnya…,” Lufya Omar

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar memberi pandangan dan pendapat mengenai pemakaian hijab bersama peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, ibu beranak satu ini menjelaskan pemakaian hijab bukan hanya sekadar untuk menunjukkan seorang wanita Muslimah.

Sebaliknya, ia juga merupakan salah satu simbol ketaatan kepada Maha Pencipta.

“Berhijab bukan hanya sebuah identity untuk menunjukkan kita seorang wanita muslimah.

“Berhijab sebenarnya bagi pemahaman lufya adalah suatu bentuk ketaaan kepada Allah sbt selain solat, puasa dan ibadah lainnya,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Bukan itu sahaja, peminat juga memberikan pendapat setuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh pelakon berusia 35 tahun itu.

Imbas kembali, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia 2 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram Lufya Omar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Berhijab Bukan Hanya Identiti Untuk Menunjukkan Kita Wanita Muslimah, Sebenarnya…,” Lufya Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*