Selepas 7 Bulan Kontroversl Putus Tunang, Syafie Naswip Dan Aishah Azman Dah ‘Unblock’ Satu Sama Lain

KONTROVERSI pertunangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman pernah menggemparkan dunia hiburan tahun lalu.

Setelah hampir tujuh bulan berlalu, Syafie, 28, berkata dia dan bekas tunangnya itu sudah tidak lagi menyekat nombor telefon masing-masing.

Malah, pemilik nama Mohammad Syafie Naswip ini akan bertegur-sapa jika bertemu dengan aktres itu di mana-mana acara hiburan.

Syafie tidak mahu kenang kisah lalu.

“Sekarang ini perasaan saya sudah lega dan tak rasa apa-apa mengenai kisah lalu. Walaupun tak pernah jumpa sejak isu itu tapi kami sudah ‘unblock’ satu sama lain.

“Mungkin masing-masing dah memaafkan. Kalau jumpa depan-depan, saya tak ada masalah untuk bertegur-sapa dengan dia sebab benda pun dah berlalu.

“Sebab bagi saya, semuanya sudah selesai dan saya pun tak nak panjangkan isu tersebut,” kata Syafie kepada mStar.

Syafie ditemui ketika majlis pelancaran koleksi pakaian Munawwareen di ST Mary, Kuala Lumpur yang diadakan baru-baru ini.

Kalau jumpa depan-depan, saya tak ada masalah untuk bertegur-sapa dengan dia sebab benda pun dah berlalu.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Pada Julai tahun lalu, kontroversi melibatkan pasangan itu timbul apabila Syafie ditahan polis untuk membantu siasatan kes ugutan dan menyebabkan kecederaan.

Syafie dan Aishah bertunang pada 7 April tahun lalu dan hubungan mereka berakhir pada 21 Julai tahun yang sama.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu dia kini terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana wanita namun enggan terlalu fokus dalam mencari cinta.

Syafie mahu fokus pada kerja dan keluarganya.

“Buat masa sekarang, tak ada pun wanita yang cuba dekati saya. Bukan saya tak terbuka hati lagi, cuma saya belum jumpa yang sesuai.

“Saya berkawan saja dengan semua orang. Bagi saya, kalau ada jodoh, ada la. Saya tak kisah pun wanita itu bekerja dalam industri atau tidak.

“Sekarang ini pun saya nak fokus pada kerja dan keluarga sahaja. Nak kumpul harta dan kalau ada rezeki, nak sambung belajar,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 7 Bulan Kontroversl Putus Tunang, Syafie Naswip Dan Aishah Azman Dah ‘Unblock’ Satu Sama Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*