“Wajah Duka Bunga Citra Lestari,” Hanya Air Mata Sambut Ucapan Takziah Keluarga Dan Sahabat

PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair pada pagi Selasa akibat serangan jantung masih mengejutkan dunia hiburan Malaysia dan Indonesia.

Suami kepada penyanyi terkenal Bunga Citra Lestari itu kini berada dalam keadaan sedih dan belum bersedia untuk ditemuramah media.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik sebuah akaun Instagram memperlihatkan kondisi Bunga Citra Lestari yang sayu menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Jenazah bakal dikebumikan selepas Asar.

Bunga kelihatan mengangguk-anggukan kepala ketika bercakap dengan seseorang. Ayat-ayat suci Al-Quran turut diperdengarkan di dalam kediaman itu.

Menerusi video itu juga, penyanyi lagu Sunny itu mengenakan pakaian putih dan mata sedikit sembap.

Sehingga kini Bunga belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan kematian itu. Pengurusnya iaitu Doddy meminta media menghormati privasi pelakon itu.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 41 tahun di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta Selatan, kira-kira pukul 4 pagi Selasa. Jenazah akan dikebumikan di San Diego Hill selepas Asar.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Wajah Duka Bunga Citra Lestari,” Hanya Air Mata Sambut Ucapan Takziah Keluarga Dan Sahabat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*