“10 Hari Arwh Abam Pergi, “Ali Puteh Di ‘MHI’ Undang Sebak Ramai

Sememangnya, Ali Puteh juga akui ramai yang tidak mengetahui bahawa dia dan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey merupakan adik-beradik.

Selain Ali Puteh menjadi perhatian ramai apabila dia menjadi tetamu undangan rancangan Meletop semalam, Ali Puteh pada pagi tadi juga telah diundang dalam sebuah rancangan, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

Menerusi Instagram, Ali Puteh juga ada berkongsikan satu keping foto kepada peminat dan pengikut mengenai perkara itu.

“Semoga Allah permudahkan…”

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum selamat pagi..pagi ni Di Malaysia Hari ini TV3..semoga Allah permudahkan.. insyaallah

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa dia dan Abam sudah berjanji untuk tidak terlalu berkongsi bahawa mereka adik beradik kerana ingin dikenali melalui bakat.

Meskipun pada mulanya pemergiaan Abam ibarat mimpi bagi Ali Puteh namun sebenarnya ia adalah realiti yang kini sudah memasuki hari ke-10.

Namun begitu, dia mengambil tanggungjawab dalam menenangkan ahli keluarga terutama maknya dimana dia memberitahu, abangnya itu tidak ada perkara buruk dibicarakan oleh orang ramai.

Tiada perkara buruk dibicarakan orang ramai tentang Abam Bocey

 

View this post on Instagram

 

Bintang mencari bintang

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

Kongsinya juga, kebaikan Abam ada juga yang dia tidak tahu sehinggakan ada yang menelefonnya menceritakan dimana abangnya itu telah mengeluarkan dana buat seorang ustaz untuk membuat ceramah selain Abam juga sering menolong bukan hanya adik beradik malah insan yang tidak dikenali juga, dia membantu.

Apapun, pemergian Abam sangat dicemburui malah meskipun sudah 10 hari perginya pelawak ini masih ramai berbicara.

Video temubual penuh Ali Puteh di Malaysia Hari Ini (MHI) yang dikongsikan melalui laman YouTube TV3 Malaysia pagi tadi juga meraih perhatian ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“10 Hari Arwh Abam Pergi, “Ali Puteh Di ‘MHI’ Undang Sebak Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*