“Bapa Bawa F0to Ashraf Di Pusara,” Terima Kasih Menantu Kerana Mencintai Arwh

Bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Mohammad Anthony John Sinclair mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke pengebumian anaknya.

Menerusi laporan Tribun News, Mohammed turut memberi ucapan penghargaan untuk menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) yang pernah melayari kehidupan dengan Allahyarham.

“Terima kasih kepada semua yang memberi penghormatan terakhir kepada arwah di sini. Terima kasih Indonesia kerana mencintai anak saya,” katanya.

Suasana sebak menyelebungi tanah perkuburan San Diego Hills, Karawangan di Jawa Barat ketika jenazah disemadikan dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti, sahabat handai dan para peminat.

Lebih sayu apabila Mohammed turut kelihatan membawa bingkai gambar anaknya yang berusia 41 tahun itu ke majlis pengebumian tersebut.

Ashraf meninggalkan BCL dan anak lelakinya Noah Aidan Sinclair pada jam 4.51 pagi hari ini akibat serangan jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Tribun News

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bapa Bawa F0to Ashraf Di Pusara,” Terima Kasih Menantu Kerana Mencintai Arwh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*