“Dia Ada Tanya Nak Datang Tak Majlis Perkahwinan Dia…” Zizan Doakan Kebahagiaan Emma Maembong

Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak mendoakan kebahagiaan Emma Maembong sekiranya benar khabar angin bekas kekasihnya itu bakal mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini ada khbar angin mengatakan Emma bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Februari 2020 bersama jejakan pilihan hatinya.

Ditanya mengenai perkara tersebut Zizan mengakui Emma ada bertanya samada dia akan hadir ke majlis perkahwinannya jika dijemput.

“Dia ada tanya, tapi tu beberapa bulan lepas la…Tapi tak ada pula dinyatakan tarikh. Cuma saya jawab, kalau free saya datang kena tengok jadual dulu.

“Apapun saya ucap tahniah kepada dia, pastikan pasangan itu adalah terbaik buatnya. Saya tidak kenal siapa bakal suami dia namun saya doakan kebahagiaan Emma dan pasangan,” katanya.

Dalam pada itu Zizan sempat berpesan agar Emma mendapatkan jodoh yang direstui kedua ibu bapa.
Menurutnya, sesebuah perkahwinan bukan dibina berdasarkan soal kepentingan seseorang saja.

“Restu keluarga tu perlu dan penting. Jika dia nak berkahwin, tak naklah seandainya mak bapa dia tak suka pasangannya tu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Ada Tanya Nak Datang Tak Majlis Perkahwinan Dia…” Zizan Doakan Kebahagiaan Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*