“Selepas Kemalangan, Saya Bermesej Dengan Sahabat Baik…,” Kisah Ini Lebih 3 Bulan Sebelum Ashraf Sinclair Meninggal… Nash Idrus Kongsi Cerita

Selepas hampir pulih daripada kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal hingga menyebabkan bahagian ‘Collarbone’ sebelah kiri patah empat dan tiga tulang rusuknya retak, pelakon dan usahawan Nash Idrus pernah berkongsi Mengenai perbualannya dengan arwah Ashraf Sinclair, sekitar November tahun lalu.

Kongsi suami kepada Sazzy Falak ini, arwah merupakan individu pertama yang dihubungi saat terlibat dalam insiden tersebut dan jawapan yang diberikannya cukup beri kesan mendalam.

Pesanan yang ditinggalkan arwah membuatkannya berfikir panjang mengenai kehidupan sekaligus menjadi penyebab dia mahu ‘berhenti’ seketika daripada soal duniawi.

“Selepas kemalangan, saya bermesej dengan sahabat baik saya, Ashraf Sinclair, dialah rakan seperjuangan dan dalam perniagaan.

“Kami banyak berbicara soal kehidupan, Ashraf walaupun kehidupannya nampak moden dan urban, namun dia seorang yang sangat merendah diri dan banyak memikirkan soal kerohanian.

“Dia memberi respon bahawa kemalangan yang berlaku kepada saya ini ialah sesuatu yang harus saya refleksi diri.

“Dia meminta saya melihat apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh Allah.

“Dia tulis ‘something to reflect’ namun tidak sempat berbicara dengannya soal itu.

“Selepas keluar hospital baru saya berkesempatan menghubunginya dan bertanyakan soal tersebut,” kongsi Nash.

Usahawan ini pada masa sama memberitahu, apa yang dikongsikan itu membuatkannya untuk lebih rasa bersyukur.

“Katanya kadang kala rintangan di atas jalan ialah sesuatu yang harus kita kaji dan lihat. Lalu kata-kata itu membuatkan saya berfikir panjang.

“Mungkin selama ini saya punya kesilapan dengan sesiapa atau tidak pernah bersyukur dengan pemberian tuhan.

“Mungkin saya terlalu mengejar keduniaan sehingga lupa berfikir mengenai keluarga.

“Ia membuatkan saya mahu ‘berhenti’ sebentar daripada keduniaan kerana di akhirnya, hanya keluarga sahaja yang akan berada di sisi,” jelasnya lagi.

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini mencecah usia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Selepas Kemalangan, Saya Bermesej Dengan Sahabat Baik…,” Kisah Ini Lebih 3 Bulan Sebelum Ashraf Sinclair Meninggal… Nash Idrus Kongsi Cerita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*