“Jasanya Terlalu Besar” Ella Dedah Siapa Sebenarnya Datuk Ramli Sarip Dalam Hidvpnya

Ratu rock Ella Aminuddin, akui jasa Datuk Ramli Sarip dalam perjalanan karier hidupnya terlalu besar untuk digambarkan.

Menurut Ella, mungkin ada sesetengah peminat tidak tahu sebenarnya Ramli Sarip menerbitkan tiga albumnya sebelum ini.

“Dia terbitkan tiga album saya iaitu Pengemis Cinta, Puteri Kota dan Identiti.

“Hasil sentuhannya inilah berjaya mengekalkan nama saya dalam industri muzik,” katanya.

Menurut Ella, dia juga menganggap peluang untuk bergabung dengan ‘Papa Rock’ itu juga antara kenangan yang tidak akan dilupakan.

“Biarpun agak gementar, Ella puas dapat mengukir satu lagi sejarah baru sebagai artis.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat juga menyelesaikan tanggungjawab ini. Sukar nak digambarkan perasaan saya bila terlibat dalam konsert ini.

“Idea yang diketengahkan oleh Ramli adalah sesuatu yang berbeza,” katanya.

Ella berkata demikian ketika sidang media Konsert Kembara Kita 2020 di Istana Budaya, minggu lalu,

Konsert yang diadakan dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu lalu itu berlangsung selama hampir tiga jam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jasanya Terlalu Besar” Ella Dedah Siapa Sebenarnya Datuk Ramli Sarip Dalam Hidvpnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*