“Terima Kasih Jadi Inspirasi Buat Keluarga Muda” Acha Septriasa Jadikan Ashraf, BCL Idola Dalam Hubvngan Suami Isteri

PENYANYI Acha Septriasa berkata kemesraan hubungan rumah tangga yang ditunjukkan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menjadi inspirasi untuk pasangan muda.

Menurut Acha, pasangan selebriti ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam sesebuah perhubungan suami dan isteri.

“Selama tinggal di Kuala Lumpur saya dengar dari teman-teman pejabat yang salah satunya jiran kalian. Yang paling saya ingat adalah Bunga dan Ashraf tak banyak bercakap tapi selalu tersenyum.

“Banyak orang kata famili kamu gembira dengan apa yang ada dan selalu membawa keceriaan untuk orang lain dan mengingatkan kita untuk jadi diri sendiri.

“Terima kasih jadi inspirasi buat keluarga muda seperti saya. Jujur sedih tak boleh nak kata… saya mahu kami tahu saya sentiasa di sisi sebagai teman walaupun kita jauh,” katanya.

Acha mengagumi BCL dan Ashraf Sinclair.

Acha menulis luahan kesedihan itu menerusi Instagram pada Rabu.

Setelah berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016, penyanyi lagu My Heart ini menetap di Australia.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama, Bridgia Kharisma.

Pada Selasa lalu, Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Jadi Inspirasi Buat Keluarga Muda” Acha Septriasa Jadikan Ashraf, BCL Idola Dalam Hubvngan Suami Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*