“Tulah Orang Tua-Tua Pesan…” Telefon Jatuh Ke Dalam Tasik, Selepas 15 Minit Mencari Nabila Huda Tak Percaya…

Pelakon Nabila Huda panik apabila telefon pintar Iphone Max 11 Pro yang dibawa bersama ketika dia terjun dari atas pokok ke dalam sebuah tasik terlepas dan tenggelam ke dasar.

Nabila berkata selepas menyedari telefonnya jatuh ke dalam tasik hijau sedalam 10 meter itu, dia meminta bantuan penyelamat untuk mencarinya.

“Tulah, orang tua-tua pesan,jangan terlalu seronok sangat! Degil nak juga terjun bawa phone untuk rakam video. Haa ambik kau jatuh ya dalam tasik !

“Tak kelakar guys, air dia memang gelap dan hijau tak nampak apa tau! Dia terus hilang kat bawah sedalam 10 meter dan apa lagi menjerit terus panggil life guard mintak tolong cari..,” ceritanya.

Anak kepada lagenda rock Amy Search itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Nabila memuat naik rakaman video ketika kejadian.

Namun apa yang membuatkan Nabila terkejut, telefonnya dijumpai dan masih berada dalam keadaan baik.

“Phone dah masuk kat bawah tu hampir 15 minit weh! Aku dah reda dah kalau tak ada sebab dah skin dive banyak kali tak nampak apa kerana terlalu dalam dan hari dah gelap..

“Tiba-tiba boleh jumpa lah! Sangat tak percaya telefon tu masih okay dan masih merakam.

“Hebat betul max pro 11 ni!  Alhamdullilah selamat duit ..Kalau tak, dah kena beli lagi satu,” katanya berseloroh.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut kagum dengan kebehatan telefon tersebut.

Nabila difahamkan sedang bercuti melakukan aktiviti lasak dan menikmati keindahan alam bersama rakan-rakannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tulah Orang Tua-Tua Pesan…” Telefon Jatuh Ke Dalam Tasik, Selepas 15 Minit Mencari Nabila Huda Tak Percaya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*